Program Smart Services @ NADI
7 April 2026 | Aktiviti TerkiniBeberapa program dan sesi latihan telah berjaya dilaksanakan di bawah inisiatif Smart Services, yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif serta memberi manfaat kepada para peserta. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa
Pelaksanaan program yang bersifat interaktif dan praktikal ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu baharu, mengasah bakat sedia ada, serta meningkatkan keyakinan diri dalam meneroka bidang-bidang yang semakin relevan dengan perkembangan masa kini
• NADI Mahir Masak Intake 3 : Modul 10 - Pembuatan Mexican Bun
• NADI Mahir Foto Intake 3 : Modul 10 - Teknik-Teknik Video Shots & Proses Penghasilan Video Menggunakan Smartphone
• NADI Keusahawanan : Live Webinar 7 (Perancangan Perniagaan)
• NADI E-Sukan: Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan
• NADI Kidventure : Webinar 9 - Bijak Kewangan
• NADI WellBeing : Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes Gerak Sihat Tanpa Tekanan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: